fbpx

Pelajar tingkatan 2 ditahan, tolak rakan sekelas dari tangga asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin (tengah) pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh di Balik Pulau di sini ditahan polis selepas dipercayai menolak rakan sekelasnya dari tangga asrama, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa berusia 14 tahun mengalami kecederaan pada bawah mata dan luka hidung.

Difahamkan, mangsa dibawa ke Hospital Balik Pulau (HBP) untuk menerima rawatan pesakit luar sebelum dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, susulan kejadian itu, polis menahan suspek yang juga rakan sekelas mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

“Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil. Berdasarkan siasatan, mangsa ditolak rakan sekelasnya lalu terjatuh dari tangga sehingga mengalami kecederaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Pulau Pinang, di sini hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan lima pelajar tingkatan lima sekolah sama ditahan polis bagi membantu siasatan kes buli membabitkan pelajar tingkatan tiga pada 18 Mei lalu.

Menurut Kok Chin, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.

“Kita masih menyiasat punca kedua-dua pelajar itu berselisih faham,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI