fbpx

Notis kesalahan hasil tembakau meningkat 279 peratus di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. MOKHTAR (tengah) memberi penerangan kepada pengusaha kedai makan mengenai kesalahan yang boleh dikenakan tindakan mengikut PPKHT 2004 pada Operasi Mega Bersepadu di Taman Abad, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengeluarkan sebanyak 4,106 notis kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004) sejak awal tahun ini sehingga bulan lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, notis kesalahan itu membabitkan nilai kompaun berjumlah RM669,300.

“Jumlah notis kesalahan ini meningkat 279 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu sebanyak 1,082 notis kesalahan.

“Daripada jumlah itu, 3,230 notis kesalahan dikeluarkan atas kesalahan merokok di kawasan larangan merokok, OBD merokok (213 notis kesalahan), gagal mempamerkan tanda larangan merokok di premis termasuk yang tidak mengikut standard diberikan (206 notis kesalahan) dan menjual rokok di bawah harga minimum (110 notis kesalahan),”katanya pada sidang akhbar sempena Operasi Mega Bersepadu di sekitar Taman Abad, di sini, semalam.

Dr. Mohtar berkata, menerusi operasi berkenaan sahaja, sebanyak 209 notis dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 426 premis membabitkan nilai kompaun keseluruhan berjumlah RM51,350.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI