fbpx

KJ cadang Johari Ghani jadi Menteri Kewangan II bantu Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Kewangan kedua.

Cadangan itu disuarakan Khairy Jamaluddin untuk membantu tugas-tugas Perbendaharaan yang perlu dilaksanakan Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, ia kerana Menteri Kewangan mempunyai banyak keputusan termasuk dokumen yang perlu diteliti dan ditandatangani setiap hari.

“Saya tak nafikan ‘PMX’ (Anwar) adalah seorang Perdana Menteri yang berbakat, namun tidak ada seorang individu yang mempunyai kapasiti untuk melakukan kedua-dua tugas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Percakapan yang saya dengar daripada Perbendaharaan, banyak fail-fail dan keputusan mula bertimbun dan bergerak dalam kadar perlahan.

“Justeru, jika mahukan Menteri Kewangan II yang bagus dan bukan dalam kalangan profesional, saya berpendapat bahawa selepas Pilihan Raya Negeri akan datang, lantik Johari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi podcast ‘Keluar Sekejap’ bersama Shahril Hamdan yang dimuat naik di YouTube, hari ini.

Kata beliau, pelantikan itu juga adalah penting memandangkan terdapat urusan perbendaharaan yang hanya boleh dilaksanakan oleh menteri sahaja.

“Bila jadi Menteri Kewangan kedua, dia adalah menteri secara menyeluruh dan ada dalam Kabinet, namun dia masih memiliki batasan,” ujarnya.

Menurut Khairy Jamaluddin, jawatan Menteri Kewangan kedua bukanlah suatu perkara baharu dan telah dipraktikkan sejak zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Pada zaman Dr. Mahathir memegang jawatan Menteri Kewangan selepas (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipecat, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilantik sebagai Menteri Kewangan kedua.

“Pak lah (bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi) juga meneruskan tradisi melantik Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk jawatan yang sama.

Malah, jelasnya, ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dilantik menjadi menteri kewangan II pada penggal pertama dan Johari pada penggal kedua.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin memberitahu bahawa Johari pernah ditawarkan menjadi sebahagian Ahli Kabinet dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, namun menolaknya.

“Untuk pendengar Keluar Sekejap, Johari pernah ditawarkan sebagai jawatan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

“Jawatan itu ditolak kerana beliau berpendapat akan lebih efektif sebagai ‘backbencher’ daripada satu kementerian yang bukan dalam kepakarannya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI