fbpx

Guna alasan dikejar hantu untuk pecah masuk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
George (kanan) dan Kachuroi ditangkap kerana cuba memecah masuk sebuah rumah di Florida pada Selasa lalu. - Jabatan Polis Daytona

TALLAHASSEE, Florida – Seorang lelaki dan wanita yang memberikan alasan melarikan diri daripada hantu di sebuah motel di Florida, Amerika Syarikat (AS) ditangkap selepas didapati cuba memecah masuk rumah, lapor akhbar Metro UK semalam.

Andrew George, 38, memberitahu polis bahawa dia dan Natasha Kachuroi, 36, menginap sebuah bilik di motel Travel Inn, di mana pasangan tersebut mendengar bunyi tingkap bilik air dibuka. Mereka mendakwa telah meminta bayaran balik kerana menyangkakan seseorang cuba menceroboh masuk.

Pasangan itu yang berada di Daytona Beach, Florida kemudian didakwa berlari ke arah Beach Street sambil merasakan seperti ‘bayang-bayang’ mengejar mereka, demikian menurut rekod mahkamah yang diperoleh Click Orlando.

Mereka kemudian pergi ke sebuah rumah di 432 South Beach Street, di mana Kachuroi mengetuk pintu dan George memecahkan tingkap menggunakan kerusi, kata afidavit tersebut.

Kekecohan yang berlaku pada malam Selasa lalu menyebabkan penghuni sebuah rumah berhampiran keluar melihat apa yang berlaku. 

Kachuroi kemudian berkata kepada wanita itu: “Tolong bantu saya.”

Dalam masa sama, George berlari ke arah wanita tersebut, yang menyebabkan dia kembali ke rumahnya lalu mengunci pintu, demikian menurut afidavit.

Namun, George mengetuk pintu dengan kuat sebelum wanita itu mengambil pisau dapur dan mengancam untuk membunuhnya jika dia menceroboh masuk.

Wanita berkenaan kemudian menghubungi talian kecemasan 911 sebelum pegawai polis tiba dan menahan George sert Kachuroi. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI