fbpx

Zahid saran Belia 4B aktif santuni belia, belajar ilmu ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid berswafoto dengan ahli Gerakan Belia 4B

KUALA LANGAT -Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyarankan Gerakan Belia 4B Malaysia terus aktif menyantuni golongan belia yang merupakan pelapis dan penentu masa hadapan negara.

Beliau yang menyasarkan badan bukan kerajaan itu memiliki 100,000 ahli menjelang akhir tahun ini turut meminta Gerakan Belia 4B Malaysia mendalami ilmu ekonomi dalam bersama-sama mendepani suasana ekonomi semasa.

“Ini supaya dapat bersama-sama mengeluarkan buah fikiran dalam membantu meningkatkan sosio ekonomi masyarakat,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Gerakan Belia 4B Malaysia di Universiti MAHSA di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diterajuinya bersedia menawarkan dua tawaran kepada ahli kumpulan itu temasuk skim rangsangan kepada yang mahu menceburi bidang keusahawanan.

“Kedua pula adalah tawaran memasuki institusi Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET). Terdapat 280 buah institusi TVET di bawah KKDW dengan harapan kerajaan mahu ramai golongan belia turut menceburi bidang ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI