fbpx

Kerana beli gula timbang mahal, air di kafe naik harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga terpaksa membeli gula timbang berikutan kesukaran mendapatkan gula peket di sekitar George Town, sejak kelmarin.

GEORGE TOWN – Peniaga minuman terutama pengusaha kafe di negeri pula dikatakan tiada pilihan lain apabila terpaksa membeli gula timbang berharga RM4.60 sekilogram susulan ketiadaan stok gula peket satu kilogram (kg) di peringkat pembekal semalam.

Mereka yang ditemui Kosmo! di sini mengatakan, krisis bekalan gula peket yang dijual pada harga RM2.85 sekilogram di beberapa lokasi di negeri ini terutama di daerah Barat Daya dan Timur Laut didakwa semakin meruncing sejak kelmarin sehingga semalam.

Hampir sebahagian besar pihak pembekal atau orang te­ngah dikatakan tidak dapat me­nunaikan permintaan pengguna selain ada yang sudah menaikkan harga gula timbang daripada RM4.20 menjadi RM4.60 berkuat-kuasa semalam.

Seorang pengusaha cafe minuman di daerah Timur Laut, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan berkata, pihaknya kini berdepan dilema untuk mendapatkan bekalan gula peket di peringkat pembekal sejak dua minggu lalu sehingga terpaksa membeli gula timbang pada harga yang tinggi.

“Peniaga minuman antara yang terkesan dengan isu bekalan gula. Semalam (kelmarin), pembekal ada beritahu tentang stok gula peket yang sudah habis di pasaran dan hari ini (semalam), mereka pula menaikkan harga gula timbang sebanyak 40 sen menjadi RM4.60.

“Kami tiada pilihan lain dan terpaksa juga membeli gula timbang dengan harga baharu bermula hari ini (semalam),” jelasnya.

Sekiranya kenaikan harga (gula timbang) berlarutan, kami tidak teragak-agak untuk menaik­kan harga minuman antara tiga hingga lima peratus daripada harga asal nanti.

“Bukan setakat itu, boleh jadi akan dikenakan juga caj tambahan gula pula sehingga 50 sen dalam kalangan pengusaha-pengusaha cafe minuman,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, kata Moha­med Rizwan, pihaknya juga turut memikirkan bebanan yang akan dihadapi pelanggan sekiranya harga minuman dinaikkan nanti, namun itu adalah hakikat sebenar yang perlu dilalui mereka.

“Kerajaan perlu memikirkan solusi terbaik demi rakyat yang rata-rata terkesan dengan situasi ekonomi negara ketika ini,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI