fbpx

Selangor FC tetap hambat pendahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Selangor FC meraikan jaringan ketika menewaskan pasukan Sang Kenari 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ malam kelmarin. – AMIR KHALID

KETUA jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui pasukannya tidak boleh mendabik dada meskipun berjaya melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Kedah Darul Aman (KDA FC) pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelmarin.

Kata Cheng Hoe, semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh pasukan untuk bangkit selepas ketinggalan dua kali wajar dipuji tetapi masih ada beberapa kelemahan perlu diperbaiki.

“Saya anggap ini antara perlawanan terbaik dari segi intensiti kerana bukan mudah untuk me­lakar kemenangan kerana pasukan Kedah juga beraksi dengan begitu cemerlang.

“Kita boleh lihat kualiti yang ada pada pasukan lawan dengan jentera serangan berkualiti dan mereka juga hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir perlawanan.

“Namun, saya percaya barisan pemain sudah belajar daripada pengalaman dan boleh menjadikan keputusan perlawanan sebagai motivasi untuk tampil lebih cemerlang selepas ini.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati tetapi masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dengan fokus perlu diberikan oleh pasukan khususnya ketika bertahan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, pengendali Sang Kenari, Nafuzi Zain mengakui pa­sukannya sepatutnya boleh mencuri mata berharga selepas barisan pemain pamerkan prestasi bertenaga sepanjang perlawanan.

“Pertama tahniah diucapkan kepada Selangor kerana berjaya menang. Saya rasa dari segi prestasi kita tidak sepatutnya kalah, tapi dalam bola sepak biasalah. Kita dihukum sebab kesilapan kita sendiri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI