fbpx

Pengantin lelaki bawa satu kampung berarak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rombongan pengantin lelaki disertai oleh ramai orang termasuk penduduk kampung. – TikTok

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Indonesia menjadi perhatian pengguna media sosial apabila rombongan pengantin lelaki membawa begitu ramai pengiring sehingga dikatakan menyamai bilangan penduduk di kampung tersebut, lapor laman berita Dream hari ini.

Berdasarkan klip video yang dikongsi di laman TikTok, pengantin lelaki pada awalnya dilihat berdiri di barisan hadapan rombongan yang sedang berarak ke rumah pengantin perempuan.

Dia yang memakai persalinan berwarna putih ditemani ibu dan bapanya.

Ketika perakam bergerak ke bahagian belakang, rombongan tersebut rupa-rupanya terdiri daripada ramai orang yang jumlahnya tidak dinyatakan sambil memegang barang hantaran.

Jumlah mereka dikatakan menyamai penduduk di kawasan kampung tersebut.

Menurut laporan, pengantin lelaki dan pengantin perempuan bukan sekadar tinggal sekampung, bahkan kedua-dua keluarga turut mempunyai ikatan kekeluargaan. 

Disebabkan itu, keluarga besar kedua-dua belah keluarga yang turut disertai oleh ramai penduduk kampung menyertai acara berarak itu.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Ramai betul, ini sudah seperti acara berjalan secara sihat,” kata seorang pengguna media sosial.

“Orang dapur berdebar-debar,” tulis pengguna lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI