fbpx

Dewan Rakyat: Bilangan ketua isi rumah miskin semakin kurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bilangan ketua isi rumah (KIR) miskin tegar yang berdaftar berkurangan sebanyak 6,527 daripada 124,744 kepada 118,217 dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Mei lalu.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, dalam tempoh itu juga, bagi KIR miskin berdaftar pula turun daripada 304,911 kepada 299,080 iaitu berkurangan sebanyak 5,831.

“Situasi pasaran buruh negara bertambah baik sejak negara memasuki fasa peralihan ke endemik.

“Kadar pengangguran bagi Mac 2023 telah menurun kepada 3.5 peratus berbanding 5.3 peratus pada Mei 2020.

“Pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada 2022 membantu menyokong pemulihan dalam pasaran buruh, ia adalah berdasarkan data dinamik e-Kasih seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd. Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) yang ingin mengetahui mengenai kemajuan yang dicapai kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan menghapuskan kemiskinan tegar sejak enam bulan lalu.

Katanya, kerajaan juga sedang melaksanakan pelbagai intervensi untuk menstruktur ekonomi negara dengan keperluan ekonomi rakyat bagi menangani kemiskinan.

Antaran langkah membantu golongan miskin yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah kepada hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI