fbpx

Ramai berbalah, minta henti ekspedisi mendaki Everest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Ramai pengguna media sosial ketika ini berbalah berhubung isu pendakian Gunung Everest yang disifatkan lebih banyak mudarat daripada membawa manfaat.

Perbalahan itu tercetus apabila seorang pendaki Malaysia dilaporkan meninggal dunia manakala seorang lagi pendaki kategori orang kelainan upaya (OKU) hilang sehari selepas itu, sejak 19 Mei lalu.

Ia melibatkan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt. Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub yang maut sebelum menawan puncak Everest serta kehilangan pendaki OKU, Muhammad Hawari Hashim berusia 33 tahun.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, ada yang berpandangan bahawa ekpedisi Everest yang dilakukan kini hanya untuk pencapaian diri sendiri.

“Sudah-sudahlah hantar orang ke tempat ini (Everest). Kos panjat pun berjuta dan kos mencari dan menyelamat (SAR) juga mahal gila.

“Kita tak minta pun orang Malaysa panjat Everest setiap tahun. Zaman sekarang, pergi sana lebih kepada ‘self achievement’. Jadi, hentikan,” kata Syfq di Twitter.

“Kalau pergi dapat mudarat dan risiko kematian itu tinggi, lebih baik duduk secara aman, beribadah dan jaga keluarga,” ujar Amalina di Facebook.

Bagaimanapun, segelintir pihak tidak bersetuju dan berpandangan bahawa mereka yang melakukan aktiviti mendaki adalah disebabkan minat dan semangat.

“Orang nak mendaki Everest ini bukan hari ini teringin, esok terus pergi. Masing-masing tahu risiko serta persiapan juga dilakukan dua atau tiga tahun sebelum.

“Ini semua kerana minat dan bukan berkhayal. Tapi takdir Allah siapa hendak menidakkan. Ingat semua ada semangat dan berani cabar diri dalam dunia sukan ekstrim ke? soal Deanna.

“Setiap orang ada impian. Mungkin dengan impian tersebut dapat mengharumkan nama negara. Bila dah berjaya, puji sana sini. Tetapi bila kes macam ini ramai yang kritik,” jelas Yaya.

Sementara itu, menurut media tempatan Nepal, The Himalayan Times, sebanyak 10 kematian direkodkan di Everest pada musim pendakian kali ini.

Rakyat Malaysia, Awang Askandar merupakan kematian ke-9 manakala seorang pendaki warga Australia yang maut 21 Mei lalu mencatatkan kematian ke-10. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI