fbpx

Orang Shah Alam resah minyak masak peket makin kurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga kedai runcit di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, Muhammad Niza Abubakar, menunjukkan stok minyak masak peket yang semakin berkurangan di kedainya.

SHAH ALAM – Isu kekurangan bekalan minyak masak peket didakwa masih berlaku apabila beberapa kawasan di daerah ini masih sukar mendapatkan bekalan itu.

Hasil tinjauan Kosmo! di beberapa pasar raya besar dan kedai runcit di Seksyen 7 mendapati, rata-rata peniaga kekurangan stok minyak masa dan ada yang sehingga terputus bekalan.

Menurut pekerja di salah sebuah pasar raya terkemuka yang tidak ingin dikenali berkata, pasar raya itu sudah lama tidak menerima bekalan minyak masak peket.

“Sekarang memang masalah dengan minyak masak peket. Dah lama minyak masak peket tidak masuk sini, pelanggan pun asyik mencari,” katanya.

Masalah ini juga sudah berlarutan sejak dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi dan ramai pengguna mengeluh mengenai kekurangan barangan keperluan asas ini.

“Ramai pengguna cari minyak masak peket. Kita faham, bukan semua orang mampu untuk beli minyak masak dalam botol disebabkan harga yang agak mahal,” luahnya.

Kata seorang peniaga runcit, Muhammad Niza bin Abubakar, 22, dia terpaksa bekerja lebih masa untuk mendapatkan bekalan minyak peket di kedai borong yang lain.

“Saya perlu keluar sendiri untuk cari minyak peket lebih, sebab dalam sehari, saya hanya boleh dapat dua kotak sahaja dari pemborong,” luahnya.

Tambahnya, minyak peket sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan habis dijual dalam masa dua sehingga empat jam.

Stok yang diambil juga tidak dapat menampung permintaan daripada orang ramai dalam sehari.

Katanya, dia juga terpaksa mengehadkan pembelian minyak masak peket kepada dua peket bagi setiap pembeli.

“Saya terpaksa hadkan supaya semua orang dapat membeli minyak peket ni,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI