fbpx

Mahkamah: Penyelia syarikat pembersihan didakwa tipu pembelian lot tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka atas enam pertuduhan. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

ALOR GAJAH – Seorang penyelia syarikat pembersihan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas enam pertuduhan penipuan pembelian lot tanah tidak wujud membabitkan kerugian berjumlah RM60,661.

Tertuduh, S. Sevasangar, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus enam pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin.

Mengikut kesemua kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menipu enam individu berumur 36 hingga 53 tahun berkaitan pembelian lot tanah tidak wujud sehingga mendorong mangsa membuat pembayaran secara tunai dan berperingkat berjumlah RM60,661.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah kedai serbaneka dan Taman Pengkalan Indah dalam daerah Alor Gajah antara Mei 2022 hingga 30 Mac 2023.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa’ari mencadangkan jaminan sebanyak RM57,000 untuk kesemua pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan dia masih menanggung keluarga dan telah dihalau dari rumah sewanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM28,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 23 Jun depan untuk sebutan semula kes serta lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI