fbpx

Imej AI wajah 5 bintang Hollywood versi kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima imej ini dihasilkan menggunakan teknologi AI. - the_ai_dreams

WASHINGTON – Sebuah laman Facebook yang terkenal kerana sering menghasilkan imej kepintaran buatan (AI) mendedahkan gambar lima pelakon popular Hollywood dalam versi wajah kanak-kanak menggunakan teknologi tersebut, lapor akhbar The Sun.

Akaun ‘the_ai_dreams’ menghasilkan imej kanak-kanak Jennifer Lawrence, Brad Pitt, Nicole Kidman, Leonardo DiCaprio dan Tom Cruise yang disifatkan amat mirip dengan wajah mereka.

Bagi gambar bintang filem trilogi The Hunger Games, imej Lawrence versi kanak-kanak yang juga berambut perang mempunyai iras wajahnya, namun the_ai_dreams tidak menyatakan sumber rujukan bagi gambar tersebut.

Bagi gambar AI Pitt, ia kelihatan seperti kanak-kanak comel yang sedang merajuk, namun iras wajahnya ada menyamai bekas suami Angelina Jolie itu.

Seterusnya, tidak sukar untuk meneka gambar ketiga yang menyamai Kidman berdasarkan rambut berwarna merah dan kulit pucat yang menjadi imej pelakon Australia-Amerika itu.

Imej AI kanak-kanak DiCaprio pula menyuntik elemen klasik berdasarkan pakaiannya, seperti yang dipakai bintang itu dalam filem Titanic menerusi watak Jack.

Akhir sekali, imej AI bintang filem Top Gun, Cruise juga mudah untuk diteka berdasarkan kaca mata aviator yang sering dipakainya dalam filem-filem pengintip seperti Mission Impossible. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI