fbpx

Ebit Lew ajar Miss Paweena ucap syahadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Ebit di Facebook, bersama Paweena

PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew, mengajar ucapan kalimah syahadah kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Miss Paweena, hari ini.

Ebit menerusi satu hantaran di Facebook, berkongsi kisah wanita tersebut yang pernah menghubunginya melalui aplikasi itu dan bertanyakan tentang Islam.

“Alhamdulillah baru bawa Miss Paweena memeluk Islam. Ucap syahadah dan terus daftarkannya. Allah sayang Paweena. Tiadalah yang lebih berharga di dalam hidup melebihi dapat dekat dengan Allah.

“Katanya inilah hari paling bahagia dalam hidupnya. Tidak pernah rasa begini. Dia hubungi melalui Facebook tanya soalan berkenaan Islam.

“Syukur pada Allah. Saya ajar syahadah dan Islam kemudian terus dafarkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Semoga Allah bantu Paweena untuk terus belajar Islam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI