fbpx

Dewan Rakyat: Wang tidak dituntut mencecah RM11.2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan memaklumkan jumlah wang tidak dituntut yang diuruskan Jabatan Akauntan Negara mencecah RM11. 2 bilion sehingga 30 April lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, definisi wang tidak dituntut meliputi tiga perkara iaitu yang pertama adalah wang yang tidak dibayar kepada empunya seperti gaji, bonus dan dividen dalam tempoh setahun atau lebih.

Kedua katanya, adalah wang lebihan dalam akaun perdagangan antara pembekal dan syarikat dalam tempoh dua tahun atau lebih.

“Yang ketiga yang paling banyak sekali meliputi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan wang tidak dituntut RM11. 2 bilion adalah wang dalam akaun bank yang tidak aktif melebihi tujuh tahun atau lebih.

“Daripada jumlah tersebut, kita telah mengembalikan kira-kira RM3.3 bilion kepada rakyat sehingga semalam yang membuat tuntutan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang mahu kerajaan menyatakan jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac 2023.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, wang tidak dituntut berjumlah kira-kira RM10 bilion telah diletakkan dalam simpanan tetap dan pulangan daripada pelaburan iaitu kira-kira RM250 juta setahun.

Ujar beliau, sepanjang 10 tahun ini kita telah menggunakan wang pulangan tersebut untuk dikembalikan kepada rakyat menerusi wang yang disatukan dalam pembangunan dan juga bantuan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI