fbpx

3 stesen catat paras air lebihi tahap bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Tiga stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Sarawak, Kedah dan Johor mencatat paras air melebihi tahap bahaya.

Menerusi laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my berkata, ia membabitkan beberapa kawasan di setiap negeri terbabit.

“ Kawasan terlibat adalah Kuala Balingian dan Mukah di Sarawak. Kedah di kawasan Sg. Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar. Manakala di negeri Johor di Empangan Sembrong, Batu Pahat,” katanya.

Tambahnya lagi, orang ramai boleh memperoleh maklumat mengenai amaran dan ramalan banjir melalui laman sesawang atau akaun twitter.

“Segala maklumat mengenai kenaikan aras sungai dan kadar hujan lebat boleh diperolehi menerusi laman sesawang publicinfobanjir.water.go.my atau di Twitter Public Infobanjir,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI