fbpx

1,400 hadir program kemuncak IMACC 2023 anjuran MSU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acara kemuncak IMACC 2023, Metfest 'Sounds of Malaysia', berlangsung meriah di Dewan Canselor, MSU, di sini, malam ini.

SHAH ALAM – Seramai 1,400 penonton hadir memeriahkan program kemuncak konvensyen MSU International Music, Arts and Cultural Convention (IMACC) 2023, iaitu MSU Ethnic Music Festival (Metfest) ‘Sounds of Malaysia’, di Dewan Canselor, MSU, di sini malam ini.

Program berbentuk apresiasi kebudayaan dan seni persembahan itu merupakan anjuran Management and Science University (MSU) melalui School of Hospitality & Creative Arts (SHCA).

Acara itu turut melibatkan kerjasama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), Sounds of Malaysia (SOM) Istana Budaya, serta bakat yang terdiri dari staf dan pelajar MSU.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr. Zulkapli Mohamed (kiri) mengetuk gong sebagai gimik pelancaran program Metfest ‘Sounds of Malaysia’ bersama Mohd Shukri (kanan), di MSU Shah Alam. Foto AFIQ RAZALI/KOSMO!

Penganjuran Metfest buat julung kali itu berjaya mencatatkan sejarah apabila tiket kesemua kategori, habis dijual.

Selain itu, Metfest turut menampilkan persembahan artis jemputan seperti Masue Kato, Ernie Zakri, Waris, Rojer dan Dhiya.

Presiden MSU, Prof. Tan Sri Datuk Wira Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid, turut mengucapkan tahniah kepada warga MSU yang menganjurkan program tersebut.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada SHCA kerana berjaya menganjurkan program ini dengan cemerlang.

“Konvensyen dua hari yang bermula semalam, melibatkan pelbagai aktiviti yang membolehkan para pelajar perkasakan kemahiran seni persembahan, menghargai keunikan serta kepelbagaian seni budaya di Malaysia dan global,” katanya ketika berucap.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk International Cultural Fest, konferen 16th SHCA Research Colloqium, symposium, Museum of Music, Music X Zone, Jelajah Bah, Mari Pigi Sabah dan Labuan Roadshow, pertandingan nyanyian irama Malaysia serta kursus jangka pendek anjuran Istana Budaya berkenaan muzik etnik dan tradisional.

Usaha mempelopori kecemerlangan pendidikan tinggi menyaksikan MSU berada pada kedudukan ke-46 terbaik di dunia bagi subjek Hospitality and Leisure Management menurut edisi 2023 QS World University Rankings by Subject.

Selain itu, kualiti jenama MSU turut diiktiraf sebagai penerima Malaysia Tourism Council Gold Award School of Tourism and Hospitality dan Malaysia Centre of Excellence of the Asia Pacific Institute of Events Management (APIEM). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI