fbpx

Petani mahu jual kerbau gergasi pada harga RM6.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petch Lamkhong banyak memenangi anugerah dalam pelbagai pertandingan setakat ini. – Khaosod

BANGKOK – Seorang petani di Thailand mahu menjual seekor kerbau air miliknya pada harga 50 juta baht (RM6.5 juta), lapor laman berita Thaiger semalam.

Kerbau dinamakan Petch Lamkhong itu berusia tiga tahun dan lima bulan.

Ia merupakan kerbau air seberat 1,400 kilogram  dan baru sahaja menjuarai pertandingan Kerbau Gergasi Phitsanulok edisi keenam kelmarin.

Kerbau-kerbau yang bertanding dalam acara itu perlu mempunyai berat sekurang-kurangnya 1,000 kilogram.  Namun, semua kerbau lain kelihatan kerdil jika dibandingankan dengan saiz Petch Lamkong.  Tinggi kerbau itu menyamai tinggi pemiliknya, Sombat Thamelae.

Menurut Sombat yang turut memiliki sebuah ladang di Phitsanulok, dia membeli haiwan itu pada harga 7 juta baht (RM921,461) dari sebuah ladang di wilayah Bueng Kan pada pertengahan tahun lalu.

Kerbau berkenaan juga telah memenangi beberapa anugerah dalam pelbagai pertandingan setakat ini.

Tambah Sombat, air mani haiwan itu juga boleh dijual pada harga mencecah berjuta-juta baht.

Menurut petani berkenaan, dia buat masa ini tidak berada dalam keadaan terdesak untuk menjual Petch Lamkhong kerana banyak lagi pencapaian yang boleh dikecapi oleh kerbau tersebut.

Namun, jika ada yang benar-benar berminat, Sombat akan menjual haiwan itu pada harga tidak kurang daripada 50 juta baht (RM5.6 juta), sekali gus menjadikannya kerbau paling mahal di Thailand. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN