fbpx

Princeton Digital bangunkan pusat data 150MW di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz (tiga dari kanan) pada majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Kuala Lumpur, hari ini.

PETALING JAYA – Penyedia perkhidmatan pusat data terkemuka Asia, Princeton Digital Group (PDG) serta cabang hartanah dan infrastruktur Johor Corporation, JLand Group (JLG) memasuki perjanjian muktamad bagi pembelian tanah seluas 12.5 hektar di Taman Teknologi Sedenak (STeP), Johor untuk pembangunan sebuah kampus hiperskala 150W.

Dengan pelaburan RM2 bilion, fasa pertama berkapasiti 60MW dijadualkan akan siap untuk perkhidmatan menjelang suku tahun kedua 2024.

Pusat data yang dinamakan sebagai JH 1 itu bakal menjadi antara kampus pusat data yang terbesar di Asia Tenggara bagi memenuhi keperluan infrastruktur pelanggan merentasi rantau ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi JLG, Datuk Syed Mohamed berkata, tumpuan JLG kini ialah untuk meluaskan peluang perniagaan dalam bidang pusat data, ketika pelabur dan pengendali memanfaatkan prospek sektor berkenaan yang semakin pantas berkembang.

“Menerusi tawaran bersepadu kami di STeP, kami komited untuk mengukuhkan kedudukan Johor sebagai titik tumpuan pusat data serantau memandangkan keupayaannya untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah.

“Penceburan PDG di Johor dan STeP adalah pengesahan kukuh pada strategi dan penawaran JLG,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis menandatangani perjanjian antara PDG dan JLG diadakan di Kuala Lumpur hari ini, disaksikan oleh Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Johor Corporation, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

JLG turut mengumumkan taman pusat data seluas 259 hektar yang dinamakan sebagai STeP 2, yang dijangka siap menjelang September 2024.

Sebagai sebahagian daripada pembangunan Ibrahim Technopolis (IBTEC) yang lebih besar, STeP 2 akan menerima bekalan tenaga daripada ladang fotovoltan solar, sejajar dengan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF).

STeP 2 turut dijangka mendapat manfaat daripada persiapan IBTEC untuk mencapai status Pusat Siber Digital Malaysia (MD).

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI