fbpx

RM1.9 juta biayai pemeriksaan awal kanser payudara dan servik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABARIAH bersama sebahagian peserta (depan, enam dari kanan) bersama sebahagian peserta pada Program Jelajah Peduli Keluarga Parlimen Bera di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah, di Bera semalam.

BERA – Kerajaan negeri Pahang terus membiayai pemeriksaan awal kanser payudara dan servik menerusi program Cakna Suri dengan peruntukan sebanyak RM1.9 juta pada tahun ini.

Pengerusi Jawatan Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Pahang, Datuk Sabariah Saidan memberitahu, setakat ini lebih 4,000 orang wanita di negeri ini telah menjalani saringan mamogram sejak program itu dilaksanakan pada 2021.

“Saringan ujian mamogram dan HPV DNA diteruskan pada tahun ini, bagi mencapai sasaran 6,000 wanita dari kelompok B40 dan M40 menjelang akhir tahun ini.

“Jadi kita minta golongan wanita mengambil peluang ini dengan membuat saringan pemeriksaan tersebut secara percuma di mana-mana Klinik Nursejahtera LPPKN di negeri Pahang,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Ibu dan Hari Keluarga Antarabangsa sempena Program Jelajah Peduli Keluarga Parlimen Bera di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah, di sini semalam.

Menurutnya, sebelum ini, kerajaan negeri telah menyasarkan 6,000 wanita daripada kelompok B40 dan M40 mengikuti perkhidmatan ujian mamogram percuma di mana-mana klinik Nursejahtera Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di negeri ini.

Beliau memberitahu terdapat tiga pusat mamogram yang beroperasi di negeri ini iaitu Pahang Medical Centre (PMC), IIUM Medical Centre dan Darul Makmur Medical Centre (DMMC) untuk saringan pengesanan awal.

Dalam pada itu beliau berkata, berdasarkan statistik laporan daftar kanser Kebangsaan Malaysia 2021-2016, menunjukkan kanser payudara merupakan pembunuh utama di Malaysia dengan 34.1 kes bagi setiap 100,000 wanita.

Katanya, lebih membimbangkan apabila berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Institut Kesihatan Negara mendapati tiga daripada empat wanita tidak pernah menjalani saringan mamogram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI