fbpx

Netizen sudah muak fesyen pelik Aina Abdul?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINA ABDUL

SIAPA tak kenal dengan penyanyi Aina Abdul? Selain memiliki vokal yang mantap, Aina juga dikenali kerana gemar menggayakan fesyen aneh dan futuristik.

Bila menjayakan persembahan pentas atau muncul di mana-mana anugerah hiburan, pasti fesyennya akan menjadi sorotan orang ramai.

Contohnya sekarang, Aina sedang sibuk menjadi juri untuk program Big Stage musim kelima (BS5).

Memang setiap minggu netizen tidak sabar untuk melihat pakaian yang akan digayakannya.

Tapi ada juga segelintir netizen nampaknya sudah mula muak dengan gaya yang ditonjolkan Aina sebab makin lama, makin ‘mengarut’ dan tidak masuk akal.

Seperti yang tular baru-baru ini, gara-gara fesyen tidak masuk akal itu, Aina dikatakan telah ‘menyusahkan’ penonton lain apabila perhiasan kepalanya telah menghalang pandangan penonton .

Maka ramai jugalah yang bersetuju bahawa Aina tidak seharusnya berlebih-lebihan kerana dia hanya menjadi juri dan bukan peserta yang bertanding.

Tapi apa yang Diva tahu, Aina tidak kisah pun dan sudah lali dikecam. Dia tetap akan menjadi dirinya sendiri. Terpulanglah Aina.

DIVA: Teringin nak ada kulit putih mulus macam Hael Husaini. Tapi modal pula tak ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI