fbpx

KPDN nafi harga gula akan naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAHUDDIN menyampaikan sumbangan kepada salah seorang asnaf sempena Rumah Terbuka Hari Raya Parlimen Pulai di Taman Rekreasi Bandar Uda Utama, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menafikan maklumat yang tular di media sosial bahawa harga gula akan dinaikkan dalam tempoh terdekat.

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahddin Ayub sebaliknya memberi jaminan harga gula tidak akan dinaikkan dan bekalan bahan makanan itu akan sentiasa mencukupi di pasaran.

Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan tiga pertemuan bersama dua pengilang gula terbesar negara iaitu Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. (CSR) dan MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM), bagi memastikan bekalan bahan mentah itu mencukupi.

“KPDN ingin menafikan penularan poster harga gula baharu kononnya RM4.60 baru-baru ini sebagai berita palsu. Kita harap keresahan rakyat tentang isu bekalan dan harga gula dapat diredakan.

“Malah harga gula untuk rakyat juga akan kekal. Mekanisme untuk mengekalkan harga gula itu akan dibincang dan diputuskan Kabinet,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pulai di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, di sini hari ini.

Sementara itu, Salahuddin berkata, kerajaan berharap inisiatif Pangkalan Data Utama (Padu) yang akan diguna pakai untuk pelaksanaan subsidi bersasar bagi diesel dan petrol RON95 pada tahun depan dapat disiapkan hujung tahun ini.

Menurut beliau, pangkalan data bersepadu itu bagi meneliti semua data-data sedia ada selepas dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) minggu lalu.

“Ini bagi menyelaraskan semua data yang ada dan apabila kita kuat kuasakan subsidi bersasar ini, kita akan pastikan benar-benar tepat sasarannya dan tidak berlaku ketirisan. Itu yang kita harapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI