fbpx

Kanak-kanak maut, Perodua Myvi jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba mengeluarkan mangsa tersepit di Jalan Bahau-Keratong, di sini, awal pagi tadi.

ROMPIN – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas kereta yang dinaikinya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam dua meter di Jalan Bahau-Keratong, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu mangsa Muhammad Raziq Ramli,12, yang tersepit di dalam kereta berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi terjatuh ke dalam gaung sedalam dua meter.

“Terdapat empat mangsa yang tersepit yang mana dua lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki selamat manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki meninggal dunia.

“Bomba mengeluarkan mangsa tersepit dan mayat kanak-kanak yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI