fbpx

Wanita maut kereta dipandu suami terbabas rempuh pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di Bandar Pusat Jengka di Maran, Pahang malam semalam.

MARAN – Seorang wanita maut selepas kereta jenis Toyota Vios dipandu suaminya terbabas dan merempuh sebatang pokok di Taman Rantau Perintis, Bandar Pusat Jengka di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd. Rahman berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku ketika mangsa, Fazilah Abdullah Sani,56, dalam perjalanan dari arah bandar Jengka ke rumahnya di Taman Rantau Perintis.

“Apabila tiba di tempat kejadian kenderaan yang dipandu suami mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok.

“Akibat kejadian menyebabkan penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat manakala suami mangsa dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI