fbpx

Saya tidak pernah konfrontasi dengan Kedah isu air – Kon Yeow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow ketika sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri di George Town, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menegaskan beliau tidak pernah berkonfrontasi dengan Kerajaan Negeri Kedah berkaitan isu air.

Kon Yeow berkata, sesiapa sahaja yang sering mengikuti sidang akhbar atau apa sahaja kenyataannya akan sedia maklum yang beliau tidak pernah mengkritik Kedah berhubung kejadian penurunan paras air Sungai Muda baru-baru ini.

“Bilakah kenyataan saya kritik Kedah atas kejadian ini (penuruan paras Sungai Muda), orang lain konfrontasi saya tidak tahu.

“Saya sampai minta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) siasat bagi mendapatkan kepastian apa yang berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai Pas Pulau Pinang yang menyeru kerajaan negeri supaya menghormati dan tidak lagi berkonfrontasi dengan Kedah berkaitan isu air.

Pesuruhjayanya, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, ia memandangkan Pulau Pinang bergantung kepada bekalan air dari Sungai Muda yang terletak di bawah kawal selia Kerajaan Negeri Kedah menerusi Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Lembaga Pengurusan Lembangan serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, SPAN telah membuat lawatan ke Kedah dan Pulau Pinang bagi menyiasat insiden penurunan paras air Sungai Muda.

Sementara itu, katanya, kerajaan negeri juga bersedia menerima apa sahaja cadangan atau pandangan mahupun kritikan terhadap pihak berkuasa air Pulau Pinang, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bagi menambah baik pengoperasian bekalan air di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI