fbpx

OKU berjalan ke kedai dirogol lelaki Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang lelaki warga Pakistan dicekup selepas dipercayai merogol wanita yang juga orang kurang upaya (OKU) di sebuah rumah kedai di daerah ini kelmarin.

Suspek berusia 42 tahun itu ditahan di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa di sini pada pukul 5.35 petang sebaik polis menerima laporan daripada mangsa yang merupakan OKU kategori ketidakupayaan intelektual.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 30 tahun berjalan seorang diri untuk ke kedai makan kira-kira pukul 1 tengah hari.

Menurutnya, mangsa kemudian didatangi suspek yang kemudian mengajaknya naik ke tingkat atas sebuah rumah kedai.

“Semasa berada di rumah kedai terbabit, suspek dipercayai bertindak merogol mangsa. Mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan selepas membuat laporan polis,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI