fbpx

Wanita bengang, tak sangka rim, tayar kereka dicuri dalam parkir residen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan kereta Sarah selepas rim dan tayar dicuri.

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa marahnya apabila rim dan tayar kereta miliknya dicuri walaupun dia sudah memarkir kereta tersebut di dalam kawasan rumah yang lengkap dengan pengawasan pengawal keselamatan.

Sarah Hairul menerusi perkongsiannya di akaun TikTok miliknya berkata, dia tidak menyangka kejadian ini boleh berlaku kepadanya.

“Kejadian tak diduga. Letak kereta dalam kawasan residen ingatkan selamat, tapi rupanya tayar dan rim kena rembat dengan pencuri,” katanya.

Menurut Sarah, lebih menyedihkan, dia bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian kos membeli tayar dan rim baharu, malah Sarah terpaksa membaik pulih bahagian-bahagian lain yang rosak.

“Lagi sedih lepas dah rembat rim dan tayar, bahagian yang dia ‘jack’ tu jatuh. Kereta habis kena tar. ‘Skirting’ dan ‘bumper’ kereta habis.

“Kerosakan bawah kereta tak tahu macam mana lagi. Kalau dah curi tu biarlah tinggalkan dalam keadaan elok,” ciapnya.

Tambahnya, pihak pengawal keselamatan juga tidak memberi kerjasama yang baik kepadanya ketika cuba mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

“Bila tanya ‘guard’ untuk tengok CCTV dia cakap hanya polis saja boleh tengok CCTV tu. ‘Then guard’ juga beritahu kecurian kereta atau apa-apa itu tanggungjawab ‘owner’,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pandangan mengenai kes kecurian ini.

“Pengawal tak buat rondaan, tak mustahil terlibat jugakan. Bukan senang nak tanggalkan satu-satu tayar dan rim. Makan masa juga. Semoga Allah permudahkan urusan awak,” kata Ismahismail.

“Buat laporan polis, lepastu bawa sekali polis untuk periksa CCTV. Lepas tu kalau tak silap ada akta kita boleh saman residensi tu. Nanti dah tenang sikit ‘survey’,” ujar Sis Kim Nuna.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 100,000 tontonan dan 2,229 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI