fbpx

Empat nelayan Myanmar ‘kantoi’ kali pertama tangkap ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat nelayan asing yang ditahan dalam operasi itu di perairan Tanjong Karang, Kuala Selangor, malam tadi.

KUALA SELANGOR – Cubaan kali pertama empat nelayan pendatang asing tanpa izin (PATI) menangkap ikan di negara ini memakan diri apabila dicekup pihak berkuasa di perairan Tanjong Karang di sini, malam tadi.

Kesemua lelaki warga Myanmar berusia 40 hingga 53 tahun yang menaiki sebuah bot itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), kira-kira pukul 8.30 malam.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, bot itu dikesan pihaknya menerusi Op Ehsan dan Op Tiris, kira-kira 6.1 batu nautika barat daya Tanjong Karang.

Katanya, pemeriksaan kemudian menemukan seorang tekong dan tiga kru warga asing yang dipercayai baru sehari turun ke laut melakukan aktiviti perikanan.

“Empat lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri sah dan lesen kebenaran menangkap ikan.

“Selain itu, pelbagai ikan seberat 50 kilogram (kg) di bot berkenaan turut dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Siva Kumar, bot dan semua tangkapan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah bagi tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI