fbpx

Saya sayang suami kerana Allah – Amyra Rosli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMYRA ROSLI

KUALA LUMPUR – Pelakon Amyra Rosli meletakkan kepercayaan 100 peratus terhadap suaminya, Amar Baharin dan enggan terlalu pusing isu ‘penyondol’ yang sering dikaitkan dengan golongan selebriti.

Kata Amyra atau nama sebenarnya, Nur Amira Izzati Rosli, cintanya terhadap suami adalah bersandarkan hukum agama dan dia percaya, sifir tersebut merupakan tunjang kebahagiaan hubungan suami isteri.

“Saya sayang dia kerana Allah, jadi saya tiada rasa apa-apa kalau dia keluar bekerja atau dia bergaul di luar, saya tidak kisah.

“Apabila kita terlalu serius dan terlalu memikirkan masalah orang luar, secara tidak langsung akan mencemarkan hubungan yang asalnya harmoni.

“Tidak perlu jadi toksik, bahagialah ikut cara kita sahaja,” jelas Amyra ketika ditemui masa majlis FWD Mind Strength Support, di sini, hari ini.

AMYRA ROSLI enggan terlalu mengambil pusing soal atau isu ‘penyondol’ dalam kalangan golongan selebriti – MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI.

Pelakon drama rantaian, Nur itu bersyukur kerana dikurniakan seorang teman hidup yang sangat memahami emosinya sebagai seorang wanita, isteri dan ibu.

“Apabila ada masalah, kami akan bersemuka dan bincang baik-baik. Amar pesan supaya jangan kongsi apa-apa kerana media sosial akan lebih mengeruhkan keadaan.

“Perempuan lain sikit, bila emosi berkecamuk dan letak emosi dalam media sosial, kita akan lagi terbakar, ramai lagi orang akan hasut,” jelasnya.

Amyra Rosli dan Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada November 2016.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 5 dan Ayra Aryssa, 3.

Sering mendapat jolokan pasangan ideal, sama cantik, sama padan, baik Amyra mahupun Amar, mereka jarang terpalit dengan sebarang kontroversi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI