fbpx

Mahkamah: Suami dijel tiga bulan hantuk kepala ke kening isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang suami yang menghantukkan kepala ke kening isterinya hingga cedera dan menerima tujuh jahitan membawa padah apabila dia dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Faizal Maula Azanan, 33, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap iaitu pada Sabtu lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat menyebabkan kecederaan ke atas isterinya berusia 35 tahun dengan menghantukkan kepalanya di kening kanan mangsa.

Kesslahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Jalan Pertahanan, Setapak di sini pukul 4 pagi, pada 13 Mei lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum dibawah seksyen 323 kanun keseksaan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Sareeka Balakrishnan memohon agar tertuduh dikenakan hukuman penjara setimpal dengan mengambil kira kecederaan dihadapi mangsa, sehingga menerima jahitan.

Bagaimanapun, tertuduh merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana mengaku mengakukan kesalahan terhadap isterinya.

“Maaf, saya menyesal, diharap tempoh hukuman itu dikurangkan kerana saya ada anak malah berjanji mahu membaiki kehidupan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI