fbpx

Keletihan punca ramai individu enggan bersenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu faktor yang menyebabkan penduduk Britain tidak mengubah diet pemakanan mereka adalah kerana mereka berasa letih. - The Guardian

LONDON – Satu tinjauan pendapat mendapati bahawa keletihan adalah punca utama yang menyebabkan 35 peratus individu di Britain tidak membuat perubahan pada diet dan tahap aktiviti fizikal mereka, lapor akhbar The Guardian semalam.

Kajian dijalankan firma penyelidikan YouGov menerusi internet terhadap 2,086 orang dewasa itu mendapati ia merupakan halangan yang dihadapi oleh ramai orang dalam keinginan mereka untuk mengamalkan dan berpegang kepada gaya hidup sihat.

Apabila ditanya apa yang menghalang mereka daripada memakan dengan lebih sihat dan lebih kerap bersenam, sebanyak 29 peratus lelaki dan 40 peratus wanita menyatakan mereka berasa terlalu letih.

Faktor lain adalah seperti kekurangan motivasi (38 peratus), kos makanan (30 peratus), kekurangan masa (26 peratus), keseimbangan kerja/hidup (25 peratus), kos bersenam (25 peratus), kurang keyakinan (16 peratus) dan tidak tahu di mana untuk bermula (12 peratus).

Hanya seorang bagi setiap empat penduduk atau 24 peratus dalam sampel kajian tersebut menyatakan tiada apa yang menghalang mereka daripada membuat perubahan sihat kepada gaya hidup masing-masing.

Pengurus Maklumat Kesihatan dan Promosi Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF), Matt Lambert berkata: “Orang ramai mempunyai jadual yang sibuk. Kami tahu bahawa bagi kebanyakan orang, perkara terakhir yang mungkin mereka mahu lakukan apabila letih atau kurang motivasi adalah untuk memasak atau pergi ke gimnasium.” – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI