fbpx

Tunggang motosikal 5km cari anak sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk terpaksa menggunakan air sungai untuk mencuci pinggan mangkuk kerana ketiadaan bekalan air sejak petang kelmarin di Tanjung Asam, Teluk Kumbar.

GEORGE TOWN – Pengguna di negeri ini mendakwa mereka sengsara apabila berdepan masalah ketiadaan bekalan air sejak kelmarin.

Keadaan itu dijangka berlarutan sehingga esok ekoran paras air Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang, Kepala Batas dekat sini turun mendadak.

Penurunan paras air itu didakwa berlaku sejak Ahad lalu.

Mereka terdiri isi rumah yang mempunyai bilangan anak yang ramai termasuk masih kecil dan golongan warga emas dikatakan menjadi antara yang individu pa­ling terkesan.

Ini kerana, mereka dikatakan terpaksa naik turun tangga flat untuk mendapatkan bekalan air di tingkat bawah selain perlu berbaris panjang menunggu giliran serta menunggang motosikal sejauh lima kilometer ke kaki bukit atau anak sungai.

Difahamkan terdapat seramai 660,000 pemegang akaun berdaftar atau pengguna air di lima daerah seluruh Pulau Pinang terjejas.

Seorang warga emas, Norbi Ahmad, 65, berkata, dia hanya sempat mengisi air ke dalam lapan bekas termasuk di kolah rumahnya untuk kegunaan kurang tempoh 24 jam mulai petang kelmarin.

Akuinya, meskipun notis bekalan air terganggu sudah dimaklumkan awal oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di media sosial rasmi tengah hari kelmarin, namun dia hanya menyedari perkara itu pada lewat petang.

“Saya tiada media sosial, mungkin ini yang jadi sebab saya tahu perkara ini (masalah gangguan bekalan air) lambat.

“Memang sengsara setiap kali bekalan air terjejas. Ini merupakan kejadian kali kedua apabila melibatkan tempoh lebih sehari dan tahun lalu pada awal Julai,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, seorang lagi suri rumah, Aina Hassan, 43, pula memberitahu, ketiadaan bekalan air sejak lewat petang kelmarin menyukarkan aktiviti hariannya dengan lima anak yang kecil.

“Air yang disimpan hanya cukup guna mandi dan jerang air dan masak sikit-sikit untuk anak-anak makan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI