fbpx

Isu perkhidmatan air fokus utama RMK12, RMK13 – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFIZI Ramli (tengah) ketika menjawab soalan dalam sidang akhbar selepas sesi libat urus kajian separuh penggal RMK12 bersama kerajaan negeri Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN- Kementerian Ekonomi akan memberikan tumpuan utama kepada penambahbaikan perkhidmatan air negara dalam tempoh dua tahun terakhir dalam Rancangan Malaysia ke 12 (RMK12).

Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli berkata, isu terbabit juga akan turut menjadi tumpuan dalam Rancangan Malaysia ke 13 (RMK13).

“Pelaburan untuk penambahbaikan perkhidmatan air itu menelan belanja yang besar justeru mengambil masa lebih enam tahun untuk diselesaikan.

“Tumpuan akan diberikan bermula dua tahun terakhir RMK12 namun ia akan berlanjutan sehingga RMK13 dan saya membayangkan ianya akan menjadi fokus utama dalam tempoh 2024 ke atas sehingga tahun 2023,”katanya dalam satu sidang akhbar selepas sesi libat urus kajian separuh penggal RMK12 Bersama Kerajaan Negeri Pahang, di sini hari ini.

Tambahnya, beliau menjangkakan isu berkaitan bekalan air di seluruh negara sekurang-kurangya selesai 50 peratus menjelang 2030.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bagi mencari jalan menyelesaikan masalah dihadapi syarikat operator air yang dimiliki kerajaan negeri secara bersepadu dan menyeluruh.

“Minggu lepas kami telah berjumpa dengan ketua-ketua semua syarikat di seluruh negara untuk mendengar sendiri dan melihat sendiri kemampanan kewangan kerana ada isu-isu tertentu yang terpaksa dihadapi mereka untuk memastikan soal ganti paip dan sebagainya.

“Kementerian mengambil pendirian untuk tidak hanya menumpukan kepada masalah air di negeri Kelantan dan Sabah, malah perancangan itu mengambil kira seluruh negara.

“Ini bukan soal infrastruktur sahaja malah juga meliputi soal kemampanan kedudukan kewangan syarikat-syarikat air oleh kerajan-kerajaan negeri yang perlu dipastikan berada dalam keadaan stabil justeru isu ini mengambil sedikit masa,”katanya.

Rafizi memberitahu, selepas melalui beberapa proses, Kementerian Ekonomi dan NRECC akan membentangkan modul-modul yang boleh diambil kira bersesuaian dengan kemampuan kewangan di peringkat kerajaan Persekutuan mahupun negeri bagi menyelesaikan masalah air berkenaan.

“Kita sedang bergerak ke hadapan. Secara dasarnya kita memang mahu melihat perkhidmatan air seluruh negara di selurub megeri akan ditambah baik di masa akan datang.

“Dan itu sudah tentulah akan memerlukan peruntukan yang lebih dan itulah juga yang akan menjadi tugas saya dan kementerian supaya ada peruntukan untuk menambahbaik perkhidmatan air,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI