fbpx
Akmal Nasrullah.

RMK13 fokus tingkat gaji, cipta lebih banyak kerja mahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan menyasarkan bahagian pampasan pekerja kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat kepada 40 peratus menjelang 2030 menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, sumbangan pampasan pekerja kepada KDNK kini meningkat kepada 33.6 peratus pada 2024 berbanding 33.5 peratus pada tahun sebelumnya.

katanya, kerajaan yakin sasaran tersebut mampu dicapai menerusi transformasi struktur ekonomi negara.

“Kerajaan akan mempercepat transformasi struktur ekonomi ke arah ekonomi bernilai tinggi yang dipacu inovasi, pendigitalan, peningkatan produktiviti, penggunaan teknologi termaju dan aktiviti berintensiti pengetahuan.

“Transformasi ini mampu mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran yang menawarkan gaji lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab lisan ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar yang meminta kerajaan menjelaskan strategi meningkatkan bahagian pampasan pekerja di Dewan Negara hari ini.

Menurut beliau, kerajaan turut memberi tumpuan kepada pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Strategi Semikonduktor Nasional dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Katanya, pembangunan bakat masa hadapan akan diperkasa melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), peningkatan kemahiran, latihan semula tenaga kerja serta pengukuhan padanan pekerjaan mengikut keperluan industri.

Beliau berkata, penyelarasan gaji secara menyeluruh juga akan dilaksanakan melalui pemerkasaan peranan Majlis Perundingan Gaji Negara termasuk penetapan gaji permulaan bagi siswazah dan lepasan TVET.

Selain itu, katanya, semakan gaji minimum akan diteruskan secara berkala, manakala Dasar Gaji Progresif akan diperluaskan sekiranya terbukti memberi impak positif kepada pendapatan pekerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN