fbpx

Dua pengarah direman tuntutan palsu Penjana Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pengarah syarikat ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Dua pengarah syarikat direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu membabitkan dana insentif Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana) membabitkan nilai lebih RM400,000.

Perintah tahanan reman terhadap kedua-dua lelaki berusia 35 dan 62 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Mohamad Azlan Basri selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret di sini, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Sumber SPRM berkata, mereka didakwa mengemukakan tuntutan kononnya mengendalikan program pengambilan dan latihan pekerja kepada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagaimanapun ia tidak dilaksanakan meskipun tuntutan kepada kerajaan telah dibuat.

Menurutnya, suspek yang merupakan pengarah syarikat berkaitan import tekstil dan syarikat barangan lusuh itu diwakili peguam daripada firma guaman, Partibhan & Co. dan Anba & Associates.

Kedua-dua individu yang ditahan petang semalam itu akan direman di lokap SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, SPRM menahan seramai 47 orang pengarah syarikat terlibat penyelewengan dan ketirisan dana tuntutan palsu menerusi Penjana membabitkan nilai RM450,000 hingga RM2 juta.

Kesemua tangkapan terdiri 14 wanita dan 33 lelaki telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di seluruh negara pada hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI