fbpx

Pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua cecah 90 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di DUN Bayan Lepas ketika menunggu giliran mendapatkan bekalan air dari jentera Pasukan Bomba Sukarela malam tadi.

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) sedang mengoptimumkan pengabstrakan air mentah di muka sauk Lahar Tiang dekat Kepala Batas di sini berikutan paras air Sungai Muda telah naik pada tahap 1.46 meter, pukul 11 malam tadi.

Menurut kenyataan rasmi PBAPP, pelepasan air mentah daripada Empangan Mengkuang masih lagi diteruskan untuk penyaluran ke LRA Sungai Dua.

“Pada pukul 11.00 malam hari ini (semalam), paras air Sungai Muda telah naik ke tahap 1.46m di muka sauk Lahar Tiang.

“Justeru, pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua telah mencecah tahap 90 peratus. Oleh sebab itu, PBAPP boleh mengepam lebih banyak air terawat dari loji ini ke kawasan-kawasan bekalan di Seberang Perai dan Pulau Pinang.

“PBAPP akan terus kemas kini maklumat kepada pengguna-pengguna air Pulau Pinang pagi esok (hari ini),” katanya.

Setakat pagi ini, bekalan air di kawasan-kawasan terlibat iaitu di Seberang Perai, daerah Barat Daya dan Timur Laut masih lagi terjejas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI