fbpx

Operasi LRA Sungai Dua capai tahap 100 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua, Seberang Perai telah mencapai tahap 100 peratus setakat awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Operasi pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua telah pun mencapai tahap 100 peratus iaitu kira-kira 1,000 juta liter sehari (JLH) setakat awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), paras air Sungai Muda juga telah naik ke tahap 1.56m di Muka Sauk Lahar Tiang pada pukul 9 pagi tadi.

“PBAPP sedang berusaha untuk mengepam air mentah pada tahap maksimum dari Sungai Muda dan pada masa yang sama PBAPP juga terus melepaskan air dari Empangan Mengkuang.

“Operasi pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua telah mencapai tahap 100 peratus (kira-kira 1000 juta liter sehari – JLH),” katanya dalam kenyataan di Facebook PBAPP hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, dalam jangka masa sembilan jam yang lalu, PBAPP mengepam sejumlah besar air terawat ke semua kawasan-kawasan bekalan di Seberang Perai dan Pulau Pinang.

“Status bekalan air di Seberang Perai ialah pada tahap 90 peratus, manakala bekalan air di Pulau Pinang juga pada kadar 90 peratus.

“PBAPP sedang mengoptimumkan semua operasi bekalan air dengan matlamat memulihkan sepenuhnya perkhidmatan bekalan air di seluruh Pulau Pinang dan akan terus kemas kini maklumat kepada pengguna-pengguna air,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI