fbpx

Kediaman guna elektrik tinggi tidak harus nikmati subsidi – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Tiada lagi subsidi tarif elektrik bagi kediaman yang menggunakan bekalan elektrik yang tinggi pada masa depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, kediamaan yang dikategorikan sebagai ‘penggunaan elektrik tinggi’ tidak seharusnya menikmati subsidi tarif elektrik disediakan kerajaan.

“Ini bermakna B40 dan M40 masih kekal tiada kenaikan (tarif elektrik), namun kediaman yang menggunakan elektrik yang tinggi akan dikenakan bayaran ikut harga pasaran.

“Mereka kena faham, memang benar tiada kenaikan bagi 90 peratus rakyat, namun bagi rumah-rumah yang menggunakan elektrik berlebihan termasuk penggunaan penyaman udara yang banyak (akan ada kenaikan tarif),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di sini hari ini.

Anwar bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mekanisme khusus bagi pelaksanaan kadar tarif elektrik berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dijangka akan mengkaji semula subsidi kadar tarif elektrik bagi golongan T20 di negara ini.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kategori T20 itu dilihat mampu untuk membayar tarif yang lebih kompetitif (harga pasaran). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI