fbpx

Dua Loji Rawatan Air terjejas beroperasi semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mendapatkan bekalan air dari paip besar SADA di Kawasan Perusahaan Ringan Taman Ria Jaya, Sungai Petani hari ini. -Foto oleh OTHMAN YAHAYA / KOSMO!

SUNGAI PETANI – Loji Rawatan Air (LRA) Pinang Tunggal dan LRA Kulim Hi-Tech yang dihenti tugas ekoran paras air Sungai Muda di Tikam Batu, Sungai Petani surut dengan mendadak dilaporkan telah mencapai tahap pulih 100 peratus.

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) memaklumkan, dua loji itu sudah mula beroperasi pada kadar maksimum bermula pukul 12 tengah hari tadi.

Usaha untuk meningkatkan pengoperasian LRA Sungai Petani bagaimanapun masih dilakukan dan berada pada tahap 40 peratus.

Sementara itu, kira-kira 53,000 atau 30 peratus akaun pengguna di daerah Kuala Muda sudah menerima bekalan air di kediaman dan premis masing-masing secara berperingkat.

Sebanyak 56,000 akaun atau 70 peratus pengguna di Kulim juga sudah pulih daripada gangguan luar jangka berkenaan.

“Tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air terawat di kawasan terjejas adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya.

SADA turut memaklumkan lapan buah jumbo tanker dengan kapasiti 10,000 gelen dan empat buah lori tangki SADA dengan kapasiti 2,500 gelen digerakkan ke lokasi Pusat Agihan Bantuan (PAB) di daerah Kuala Muda dan Kulim sejak semalam.

“Lapan buah lori tangki SADA dengan kapasiti 1,100 dan 600 gelen serta 26 buah lori tangki kontrak dengan purata kapasiti 800 gelen turut menghantar bekalan air ke sembilan lokasi PAB,” jelasnya.

Tambahnya, keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Lebih 250,000 akaun pengguna di daerah Kuala Muda, Kulim dan Baling ini mengalami gangguan bekalan air ekoran penyusutan paras Sungai Muda disebabkan kerosakan mekanikal pada sensor automatik pada salah satu pintu baraj. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI