fbpx

Orang muda kurang minat punca KRT tidak aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noridah (dua dari kanan) menanam pokok nanas sewaktu meninjau projek Ekonomi Komuniti Rukun Tetangga di KRT Kampung Gunung, Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Sebanyak 8,330 kawasan rukun tetangga (KRT) atau lima peratus di seluruh negara didapati tidak aktif.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Noridah Abdul Halim berkata, faktor utama KRT terbabit tidak aktif ialah sukar mendapatkan penyertaan golongan muda bagi meneruskan kesinambungan.

“Senario dihadapi di kawasan KRT tidak aktif ialah ramai komuniti yang menyertainya sudah berusia lebih 60 tahun dan semakin kurang produktif.

“Pada masa sama, sukar untuk dapatkan pelapis bagi menerajui jawatan kuasa pengurusan KRT berkenaan,” katanya selepas meninjau projek Ekonomi Komuniti Rukun Tetangga di KRT Kampung Gunung, Ajil di sini hari ini.

Biar pun begitu, Noridah menegaskan kementerian tidak pernah berhasrat untuk membatalkan pendaftaran KRT yang tidak aktif terbabit.

Sebaliknya, beliau menjelaskan kementerian telah mengarahkan pegawainya di peringkat negeri dan daerah agar memainkan peranan lebih proaktif mengaktifkan semula KRT terbabit.

“Antara pendekatan bakal dilakukan ialah menambah baik kuota jawatan kuasa mengikut peringkat umur bagi menarik lebih ramai golongan muda menjadi pelapis.

“Ia bertujuan bagi memastikan kesinambungan sebuah KRT agar terus bergerak aktif,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI