fbpx

Mourinho calon utama kemudi PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURINHO memiliki rekod cemerlang di pentas Eropah termasuk ketika ini mengemudi Roma menuju ke pentas final Liga Europa. – AFP

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) perlu mendapatkan sentuhan jurulatih elit jika mahu menjuarai trofi pertama Liga Juara-Juara Eropah dengan nama Jose Mourinho disebut-sebut sebagai calon paling sesuai.

Mourinho, 60, mempunyai resume hebat apabila pernah menjulang dua gelaran berprestij Eropah itu ketika bersama Porto sewaktu edisi 2004 dan Inter Milan pada 2010.

Bekas pengendali Chelsea, Real Madrid dan Manchester United itu di ambang merangkul kejuaraan seterusnya bersama AS Roma yang selangkah lagi untuk mara ke pentas final Liga Europa musim ini.

Jika berjaya memenanginya, ia bakal menjadi trofi kedua Mou­rinho bersama Roma selepas berjaya mengemudi kelab Rom itu menjuarai Liga Konferens Eropah musim lalu.

Bekas penolong jurulatih Mou­rinho ketika di Inter, Real dan Chelsea, Jose Morais percaya pe­nantian PSG untuk bergelar juara Eropah akan berakhir jika mendapatkan khidmat ‘The Special One’ itu.

“Mourinho calon paling ideal kerana beliau mampu memberikan apa yang pemilik mereka (PSG) mahukan iaitu memenangi Liga Juara-Juara.

“Kemampuannya tidak perlu dinafikan lagi, tetapi perkara pa­ling utama adalah beliau mampu mengawal dalam bilik persalinan PSG yang penuh dengan pemain berstatus bintang,” katanya.

Difahamkan, Mourinho akan menjadikan bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane sebagai pembelian utamanya sekiranya dilantik menggantikan tempat ketua jurulatih PSG, Christophe Galtier. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI