fbpx

MB akan selalu buat ‘spot check’ di Tambak Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (tengah) ketika hadir merasmikan Pusat Warisan India di Kuil Arulmigu Rajamariamman Devasthanam, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri tidak akan pernah berhenti untuk berusaha mencari jalan penyelesaian kepada isu asas yang membelenggu penduduk di negeri ini sehingga ia benar-benar selesai.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, atas dasar itulah menjadi sebab beliau kerap membuat tinjauan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Beliau berkata, isu kesesakan di pintu masuk antarabangsa laluan darat itu bukanlah isu baru malah sudah berlarutan sejak sekian lama dan memberi kesan kepada kira-kira 300,000 orang yang berulang alik setiap hari.

“Sebab itu, saya mengambil pendekatan untuk turun padang dan melihat sendiri apa yang berlaku, kerajaan negeri yang saya pimpin ini tidak pekak, buta dan bodoh.

“Kami tidak akan berpura-pura seakan isu ini tidak pernah berlaku dan sudah berlarutan sejak sekian lama. Kami berhasrat untuk atasi isu ini secara habis-habisan dan kita perlu bersatu hati bagi menangani isu yang membelenggu rakyat Johor.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan isu di CIQ dan saya tidak akan berehat sehinggalah isu ini selesai untuk menjadikan Johor sebuah negeri yang lebih baik,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Warisan India di Kuil Arulmigu Rajamariamman Devasthanam, di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Onn Hafiz memberitahu, isu asas yang lain turut akan diberikan perhatian dalam memastikan hasrat kerajaan Negeri mencapai Negeri Maju 2030 mampu dicapai.

Beliau berkata, antara isu yang mendapat perhatiannya ialah kekurangan doktor di hospital awam di negeri ini yang boleh menjejaskan perkhidmatan di hospital tersebut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI