fbpx

Isu salah guna visa umrah: Usah jejas imej Malaysia, hubungan dengan Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saleh (tengah) pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Musim 1444H Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Putra malam tadi.

PUTRAJAYA – Umat Islam yang sengaja menyalahgunakan visa umrah atau visa pelancong untuk menunaikan haji boleh dianggap mencemarkan nama baik Malaysia.

Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, tindakan mereka itu juga mengancam imej positif negara ini.

“Kita bimbang isu ini jika masih lagi berlaku turut boleh jejas hubungan akrab Malaysia dengan pihak Arab Saudi,” katanya pada sidang akhbar di Masjid Putra, di sini malam tadi.

Terdahulu, beliau merasmikan siri Kursus Perdana Haji Musim 1444H Peringkat Wilayah Persekutuan selama dua hari sehingga hari ini dihadiri hampir 1,900 orang bakal jemaah.

Semalam, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menerusi kenyataannya mengingatkan umat Islam agar tidak mengeksploitasi visa umrah bagi mengerjakan haji.

Amaran itu turut melibatkan mereka yang mungkin mahu cuba menyalahgunakan visa pelancong dengan mengambil kesempatan sengaja tinggal lebih masa di kota suci Mekah.

Mengulas lanjut, Syed Saleh yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia berkata, isu itu bukan baharu dan sudah lama berlarutan sejak dahulu termasuk rakyat pelbagai negara.

“Bukan sahaja langgar peraturan imigresen Arab Saudi bahkan dari segi ‘roh’ Rukun Islam kelima itu sendiri pun dibimbangi tahap kualiti ibadah tidak diterima oleh Allah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI