fbpx

Kertas siasatan Jho Low masih berjalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Ops Selamat 20/23 sempena Hari Raya Aidilfitri di Dewan Theatrette Menara 1 Bukit Aman, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia ( PDRM) masih meneruskan siasatan ke atas ahli perniagaan dalam buruan iaitu Low Taek Jho atau Jho Low dalam kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berusaha membawa pulang Jho Low ke tanah air.

“PDRM telah membuka kertas siasatan terhadap Jho Low iaitu di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, masih berjalan.

“Pertuduhan ke atasnya (Jho Low) sudah dibuat di mahkamah pada Ogos 2018.

“Sekiranya subjek (Jho Low) pulang ke tanah air pastinya kita akan meneruskan dengan pertuduhan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Menurut Acryl Sani, pada masa ini beliau belum berkesempatan untuk bertemu dengan Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berbincang berhubung usaha membawa pulang Jho Low.

“Yang saya tahu usaha membawa balik Jho Low sedang giat dilakukan oleh SPRM, namun saya belum mempunyai butiran lanjut kerana belum berkesempatan bertemu Tan Sri Azam Baki,” katanya

Jumaat minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik berkata, kerajaan sedang berunding dengan negara-negara berkaitan untuk mempercepatkan proses membawa pulang Jho Low.

Menurut Anwar, proses itu juga amat rumit kerana membabitkan negara-negara besar, perkhidmatan risikan dan Polis Antarabangsa (Interpol). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI