fbpx

Dituduh gugurkan kandungan, Nurul Shuhada buktikan diri tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada tampil menunjukkan bukti tidak bersalah berhubung dakwaan sengaja menggugurkan kandungan sebagaimana laporan polis dibuat suaminya, baru-baru ini.

Menurut pemilik nama penuh Nurul Shuhada Mat Shukri itu, siasatan kes tersebut juga telah selesai dan tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

“Alhamdulilah. Siasatan sudah selesai dan tiada kes.

“Bila tiada kes, maknanya tuduhan Hafidz mengenai saya tidak menjaga kandungan dengan baik dan sengaja gugurkan adalah tidak betul. Bukan setakat satu laporan tetapi lebih, entah apa niatnya?” katanya dalam satu entri Instagram hari ini.

Meskipun sedang melalui fasa duka, dia bagaimanapun reda apabila Hafidz melemparkan tuduhan yang tidak benar mengenai kegugurannya kepada umum.

“Saya sudah sampai tahap reda sahaja dan hadap semua.

“Waktu dia beri kenyataan kepada pihak media, saya tidak boleh komen kerana siasatan sedang berjalan.

“Jadi, hari ini sudah sah, saya tidak bersalah,” ujarnya.

Terdahulu, pada 9 Mei lalu, Hafidz Roshdi mendakwa isterinya, Nurul Shuhada mengugurkan kandungan yang berusia 14 minggu dengan sengaja.

Sehubungan itu, Hafidz, 29, bertindak membuat dua laporan polis atas dakwaan Shuhada menggugurkan kandungan dengan sengaja.

Pada 9 Mei lalu merupakan sebutan pengesahan lafaz cerai antara Hafidz dan Nurul Shuhada.

Bagaimanapun, sebutan pengesahan lafaz cerai tersebut ditangguh sehingga 20 Jun depan.

Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan itu menjadi topik bualan hangat apabila Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz menceraikan kakaknya dengan talak satu menerusi panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

Rentetan itu, Shuhada dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian muka selepas didakwa ditumbuk Hafidz dalam sebuah kejadian di Sungai Buloh, Selangor.

Akibat daripada kejadian tersebut, Shuhada yang ditumbuk suaminya sebanyak tiga kali menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan bengkak pada mata.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI