fbpx

Warga emas maut motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA yang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 3 Jalan Benta di Lipis semalam.

LIPIS – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 3 Jalan Benta di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu berlaku ketika mangsa, Zainordin Abdul Wahab, 68, dalam perjalanan dari Pekan Benta ke Kampung Peruang.

“Setibanya di tempat kejadian yang merupakan laluan berselekoh dan berbukit, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh ke tepi bahu jalan.

“Akibat kemalangan mangsa mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan berselekoh dan berbukit dan semasa kejadian cuaca baik dan permukaan jalan adalah kering.

“Siasatan awal juga mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian mangsa sendiri yang gagal mengawal motosikal ditungganginya sehingga terbabas ke bahu jalan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN