fbpx

Pengurus tersenyum menang pertama kali FPL Kosmo!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada pengurus yang memenangi Liga Fantasi Kosmo! dan membawa pulang hadiah RM200 setiap seorang.
AMIRUL HANIF MAT SAHAR

Mioi teruja muncul pemenang FPL Kosmo!

BERMULA sekadar hobi, pengurus pasukan Mioi, Amirul Hanif Mat Sahar sudah mampu me­ngukir senyuman apabila muncul sebagai salah seorang pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo! (FPL Kosmo!) minggu ke 35.

Sebagai peminat kepada permainan FPL, Amirul Hanif yang juga peminat tegar Liverpool banyak menyertai liga, namun tidak pernah menyangka mampu memperoleh kemenangan pada Fantasi Kosmo!.

“Kalau ikutkan, saya memang minat main Fantasi dan ada sertai banyak liga dan ini adalah kali pertama saya sertai Fantasi ­Kosmo!. Musim ini mungkin di­sebabkan kesibukan saya tidak mampu beri komitmen lebih.

“Namun, untuk minggu ­ke-35, saya sempat buat satu pertukaran dan jadikan Mohamed Salah sebagai kapten. Bagaimanapun, saya tidak letak harapan besar terhadap FPL Kos­mo!­ dan hanya fokus ke pada liga kampung saya, kerana ketika ini saya sedang berada di tangga kelapan.

“Tetap benarlah kata orang, kalau sudah namanya rezeki, tidak akan ke mana. Alhamdulillah mo­dal dapat balik, untung pun dapat. ­Alhamdulillah mungkin ini duit raya saya.

 

ISMAIL IBRAHIM

Guru KAFA menang kali pertama FPL Kosmo!

TUAH ternyata memihak pasukan Mike Stiffler apabila muncul lima pemenang mingguan ke-35 saingan Liga Fantasi Kosmo! (FPL Kosmo!) 2022/2023.

Apa tidaknya, pengurusnya, Ismail Ibrahim menjelaskan, sudah lebih empat minggu dia tidak sempat untuk menukar pemain sebab sibuk dengan jadual harian.

Namun, guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Putrajaya itu tidak menjangka menjadi antara pemenang sambil menyifatkan Mohamed Salah, Ivan Toney dan Harry Kane jadi faktor kemenangan.

“Tidak sangka tiba-tiba boleh menang. Jadi, bila dimaklumkan sebagai antara pemenang memang saya terkejut.

“Kemenangan kali pertama ini membuatkan saya gembira dan teruja. Mungkin sempat lagi untuk saya cuba minggu seterusnya walaupun baki perlawanan sudah tidak banyak,” katanya.

 

MUHAMMAD IZZUDIN ISMAIL

Kekura FC ambil pengalaman saingan FPL Kosmo! musim ini

PENGURUS pasukan Kekura FC, Muhammad Izzudin Ismail sedia menjadikan saingan Liga Fantasi Kosmo! (FPL Kosmo!) musim ini sebagai menimba pengalaman bagi cabaran musim depan.

Selepas lama mencuba, Kekura FC akhirnya menikmati kemenangan pertama selepas menjadi salah sebuah pasukan yang mengutip mata tertinggi mingguan bagi perlawanan minggu ke-35.

Izzudin mengakui terkejut dengan kemenangan tersebut kerana dia tidak menguruskan pasukan secara konsisten memandangkan perlu memberi komitmen terhadap pekerjaan hakiki.

“Ini pertama kali menang bagi saingan 2022/23, jadi memang tidak disangka-sangka kerana kadang-kadang ada terlepas pandang untuk ubah pasukan. Bagi saingan ming­gu ke-35, saya sempat untuk buat pertukaran pemain,” ­katanya.

 

ABDUL HALIM SALLEH

Berbaloi bayar RM50 sertai FPL Kosmo!

PENGURUS Mekar Sari FC, Abdul Halim Salleh langsung tidak menduga menjadi antara lima pemenang mata ming­guan tertinggi bagi ming­gu ke-35 saingan Liga Fantasi Kosmo! (FPL Kosmo!).

Abdul Halim merasakan kejayaan itu berbaloi walaupun terpaksa menunggu lama sehingga minggu ke-35 selepas tertutup peluang untuk memenangi hadiah utama FPL musim ini.

“Rasa teruja, berbaloi sebab bayar RM50 untuk menyertai FPL Kosmo! kerana sekurang-kurangnya dapat semula modal walaupun niat awal saya memang mahu menang hadiah utama.

“Hadiah ditawarkan Kosmo! menarik tapi apabila banyak aksi awal musim terpaksa ditunda menyebabkan pasukan saya merudum, mujur hujung musim kian menjadi.

Pengurus dari Kepala Batas, Pulau Pinang itu menjelaskan, penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale dan penye­rang Liverpool, Mohamed Salah sebagai kapten membolehkan pasukannya mendapat banyak mata minggu 35.

“Saya sebenarnya tak sempat nak tengok pasukan sebab sibuk dengan kerja. Terkejut juga bila tengok mata tinggi, mungkin sebab Arsenal tak bolos dan Salah jaringkan gol,” jelasnya.

 

SUHAIME GERAN

Bukit Gambir gembira dapat ‘duit raya’

PENYERTAAN yang dianggap sekadar ‘suka-suka’ dalam saingan Liga Fantasi Kosmo! (FPL Kosmo!) membawa tuah buat pasukan Bukit Gambir apabila menjadi salah sebuah pasukan mengutip mata tertinggi pada minggu ke-35.

Pengurus pasukan, Suhaime Geran menganggap kemenangan itu sebagai kejutan memandang­kan sudah mencuba sejak awal musim dan percaya ia sebagai rezeki kerana bakal menerima hadiah wang tunai RM200.

Masa yang digunakan untuk mengkaji prestasi pemain setiap minggu akhirnya membuahkan hasil kerana dia dapat menikmati kemenangan mingguan buat kali pertama bagi saingan 2022/23.

“Ini kemenangan pertama saya pada musim ini walaupun sudah di penghujung, jadi ia ­memang tidak disangka-sangka. Perasaan sudah tentu gembira dan teruja kerana memang tidak letak harapan, main sekadar ­‘suka-suka’.

“Memang perlukan masa untuk kaji pemain dan susun strategi pasukan. Mana-mana pemain yang bermain baik, memang saya akan ambil, saya anggap kemenangan ini sebagai duit raya,” kata Suhaime.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI