fbpx

Muhammad Faiz kembali dilantik Pengerusi LKIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faiz

PUTRAJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil kembali dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) selepas menjawat jawatan sama pada 2018.

Pelantikan Muhammad Faiz yang juga Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Mohamad berkata, Muhammad Faiz adalah antara lima individu dilantik bagi Pengerusi di lima buah Badan Berkanun Persekutuan di bawah kementeriannya berkuatkuasa 15 Mei ini.

Beliau berkata, kesemua pelantikan itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Empat individu lain termasuk Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar yang dilantik sebagai
Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang manakala Aminuddin Zulkipli pula dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.

“Selain itu, Dr. Azman Ismail pula dilantik sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia dan Sheikh Umar Bagharid Ali sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN