fbpx

Lelaki Orang Asli hilang dikhuatiri dibaham harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian anggota pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari Halim di Kampung Aring 5, Gua Musang, Kelantan hari ini.

GUA MUSANG – Seorang lelaki Orang Asli suku kaum Bateq hilang selepas dikhuatiri dibaham seekor harimau ketika memancing di Hulu Sungai Aring di Kampung Aring 5 di sini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu, Halim Asin, 27, dipercayai memancing di Sungai Aring 5 bersama anak saudara lelakinya, Alang Kuang, 8.

Bapa kepada Alang, Kuang Camang, 31, Alang merupakan satu-satunya saksi kejadian semasa Halim diserang seekor harimau ketika memancing.

Katanya, dia, isteri, mangsa bersama pasangan dan empat anak sedang dalam perjalanan menuju ke Kampung Aring 5 sejak Sabtu lalu dengan berjalan kaki.

“Sebelum bulan Ramadan, kami telah pergi ke Kampung Cangkung, Jerantut di Pahang dan tinggal di kampung berkenaan selama sebulan dan Sabtu lalu, kami membuat keputusan untuk pulang ke Kampung Aring 5 dengan berjalan kaki sebelum tiba di Hulu Sungai Aring 5 kira-kira pukul 11 pagi semalam.

“Kami mendirikan khemah di pinggir sungai untuk bermalam di hutan berkenaan kerana ingin menangkap ikan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Katanya, selepas hampir sejam pergi memancing, Alang kembali dengan ketakutan dan memaklumkan Halim diserang seekor harimau.

Menurut Alang, anaknya yang terkejut terus terjun ke dalam sungai dan berenang menyelamatkan diri.

“Kami telah memantau tempat kejadian dan Halim tiada di kawasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan orang hilang pada pukul 10 malam semalam dan operasi mencari dan menyelamat oleh anggota keselamatan telah digerakkan bermula hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI