fbpx

Spekulasi tukar kerajaan perkara biasa dalam politik negara – Ahmad Samsuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (dua, kanan) melayan tetamu pada majlis Aidilfitri DUN Rhu Rendang di Pantai Kelulut, Marang hari ini.

MARANG – Anggota Kerajaan Perpaduan dinasihatkan tidak perlu cemas dengan spekulasi kononnya kerajaan Persekutuan bakal dijatuhkan menerusi akuan bersumpah (SD) sokongan 126 Ahli Parlimen.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selain tidak tahu-menahu, beliau menganggap desas-desus tersebut sebagai asam garam biasa dalam polemik politik tanah air.

“Bagi saya ini perkara biasa. Sejak 10 tahun lalu, kita sentiasa dengar dakwaan-dakwaan sama seperti ’16 September’ dan ‘saya sudah cukup bilangan’.

“Tidak perlulah anggota (Kerajaan Perpaduan) gundah-gulana atau sedih (dengan dakwaan tersebut),” katanya ketika ditemui pada majlis Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di sini hari ini.

Sebelum ini, pembangkang didakwa memiliki 126 akaun bersumpah (SD) sokongan Ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri yang juga Bendahari Perikatan Nasional (PN) berkata, pertemuan kepimpinan Pas dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini tidak membincangkan langsung agenda penukaran kerajaan Pusat.

“Ia tiada kaitan meruntuhkan kerajaan Perpaduan, apatah lagi Tun Dr Mahathir dan ahli-ahli jawatankuasanya bukannya ahli parlimen pun.

“Tentulah kalau mereka bersetuju sekali pun (penukaran kerajaan), ia tidak memberi kesan kepada kedudukan institusi Parlimen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI